Ahad, 27 Oktober 2013

Yang Bijak Pemberianku

assalamulaikum para pembaca semua, hari ini saya bukan hendak berkongsi tentang masakkan tetapi saya ingin berkongsi tentang anugerah Yang Maha Esa kepada saya. Tanggal 18//10/2013 bertepatan pukul 1.53pm bersamaan penghulu segala hari lahirlah seorang puteri dalam kehidupan saya dan isteri tercinta maka lengkaplah kehidupan saya sebagai sebuah keluarga yang sempurna. Puteri kesayangan kami ini diberi nama Hazwani Kaiyisah yang bermaksud  Yang bijak pemberianku.


Allhamdulilah anak saya ini sememangnya anak yang baik sejak dilahirkan hingga kini dia tak pernah meragam mahupun terkena penyakit deman kuning. mungkin ini anugerah Allah kepada saya kerana sejak dalam kandungan lagi, saya selalu berdoa supaya  anak  saya dianugerahkan kesihatan dan mendapat anak yang solleha serta membaca surah al-ikhlas, selawat atas nabi Muhammad saw serta  mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah setiap malam. saya harap para pembaca bolehlah mengamalkan amalan ini pada setiap malam, mudah-mudahan kita mendapat keberkatan daripada-Nya.


Inilah wajah anak saya pada hari pertama kelahirannya, comelkan. alhamdulilah. bukan itu yang saya ingin kongsikan kepada para pembaca semua tapi sebenarnya satu persoalan mengapa syurga itu dikatakan di bawah telapak kaki seorang ibu bukannya seorang bapa? Maha suci Allah yang Maha kuasa, saya dapat merasakan bertapa seksa dan sakitnya seorang ibu untuk melahirkan seorang anak kerana saya mendapat kesempatan untuk menemani isteri saya ketika dia hendak melahirkan puteri kami , saya berasa insaf apabila melihat kesakitan yang ditanggungnya ketika melahirkan puteri kami dan saya mula berfikir tentang emak saya tentu begitu rasanya ketika emak melahirkan saya 27 tahun dahulu tapi saya selalu sahaja tidak mahu mendengar kata-katanya. " mak sham mintak maaf ya" itulah perkataan yang bermain-main dalam fikirkan saya. oleh itu bagi para pembaca semua janganlah kita menderhaka kepada ibu bapa kita ya. bagi bakal-bakal bapa pula temanlah isteri anda ke dalam kamar bersalin jika diberi kesempatan dan peluang mungkin anda akan lebih menghargai kaum wanita dan isteri anda, diharapkan tiada lagilah keganasan rumah tangga.

 


Ini wajah anak saya pada hari ke 2 kalau kita tengok wajahnya lain sikit ya berbanding ketika hari pertamanya mungkin pada hari pertama mukanya begitu kerana terlalu lama terkena air ketuban maklumlah anak saya ini lebih hari dalam tempoh 6 hari jugalah daripada hari yang dijangkakan oleh doktor. doktor manusia biasa juga bertapa pakarnya mereka tidak dapat melawan ketentuan Allah swt, betul tak para pembaca. Bila sebut ketentuan Allah ini teringat saya peristiwa dekat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, sehari sebelum kelahiran anak saya, saya dan isteri telah pergi ke dewan bersalin di sana kerana isteri saya telah turun tanda untuk bersalin lagi pun anak saya sudah lebih hari. maka isteri saya pun masuk ke dalam bilik saringan selepas diperiksa maka saya pun bertanya kepada jururawat  di sana dan dia suruh kami pulang katanya belum ada laluan maka tidak boleh ditahan di wad bersalin dan menambah tarikh jangka kelahiran pada 23/10/13. saya dan isteri saya pun pelik dengan kenyataan itu, maka kami bertanya lagi  "mana boleh macam itu, kami ini duduk jauh ( gugusan felda adela) kalau terberanak dalam kereta bagaimana?? lagi pun doktor di gugusan felda adela kata tarikh jangka lahirnya 19 /10/2013" lagi satu mana mungkin kami asyik ulang-alik ke sana sahaja. maka jururawat itu berkata siapa lagi pakar doktor  di sini ke atau di sana (merujuk doktor di gugusan adela) untuk para pembaca yang  berada luar kawasan dari kota Tinggi mungkin tidak tahukan berapa jauh perjalanannya dari gugusan felda adela ke hospital tersebut. anggaran perjalanannya kira-kira lebih kurang 50km, kalau ikut laluan lebuh raya desaru-senai mengambil  masa 1 jam perjalanan baru sampai ke hospital tersebut. maka bagi saya doktor dan jururawat di sana tiada sifat kemanusian seperti dalam etika pekerjaan mereka yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan pesakit. Maha kuasa Allah Yang Maha mengetahui maka anak saya lahir pada tanggal 18/10/2013 tidak seperti doktor jangkakan yang mendakwa mereka pakar. " nak sekarang sapa lebih pakar Allah atau kamu doktor".
oklah sampai di sini sahaja coleteh saya.bye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan