Jumaat, 9 Oktober 2015

Rumah Nerissa Pilihanku

As' salam. Wah sudah lama aku tak menulis dekat blog!! huhu. Harini aku nak kongsi sedikit info tentang pilihan rumah kami sekeluarga iaitu Nerissa(paten semi-D setingkat). Walaupun sebenarnya aku dan isteri aku tak ada pun plan nak beli rumah dalam masa terdekat ni sbb kami masih berfikir-fikir sama ada terus menetap di Sungai Petani atau tidak.Walaupun cara kami memilih rumah ini agak terburu-buru tetapi Aku ada beberapa reason yang  menyebabkan kami berkenaan sangat dengan rumah Nerissa.1st sekali lebar rumahnya yang luas iaitu 32'. Bagi aku susah zaman sekarang ni nak cari rumah yang lebarnya luas. Maklumlah paten rumah sekarang lebarnya kecik dan memanjang. Aku kurang minat paten begitu walaupun dari segi reka bentuknya kelihatan lebih moden  (English style) dan cantik jika hendak dibandingkan dengan Nerissa  lebih kepada segi reka bentuk ala-ala Melayu moden. So bila aku terbaca brosur dekat kaunter jualan mereka (eupe corporation berhad) di Tesco Utara SP. Aku pun mengajak isteri aku melihat show house Nerissa di Puncak Surya (Taman Kelisa Ria II).Gambar-gambar yang sempat aku ambik ketika melawat ke sana.Keadaan rumah masih kosong dan kurang cantik spt dalam brosur kerana proses deko masih lagi dalam pembikinan kata pak cik yang menjaga show house tersebut.2th Reason aku suka jalan masuknya yang besar dan tidak terlalu sesak dengan pelbagai kenderaan. Malahan isteri aku pun suka dengan keadaan tersebut kerana katanya dia tak takut nak drive sorang-sorang bila nak ulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya.Selain itu, suasananya masih kekampungan kerana dikelilingi dengan bukit-bukau,ladang kelapa sawit dan tasik. Amat sesuai dengan jiwa aku yang tidak suka akan kekalutan kota.Walau bagaimanapun kemudahan asasnya mudah didapati kerana terletak tidak jauh dari pusat bandar. Selain itu, areanya juga amat hampir dengan pasar raya Mydin yang masih dalam proses pembinaan,dengar-dengar akhir tahun 2016 akan dibuka.3th reason rumah Nerissa harganya masih mampu milik iaitu harga lot melayu dalam RM 280,250  manakala lot antarabangsa dalam RM 295k. So aku memilih lot melayu, buat apa nak bayar lebihkan bukannya aku nak buat aset untuk dijual + dengan insurans RM 9k++ dan free kos guaman (ditanggung oleh pihak eupe) maka aku rasa masih lagi berbaloi dengan keluasan saiz binaan 32' x 50' dan keluasan tanah 40' x 80' serta berstatus hak milik kekal (freehold).Finally reason yang ni memang kelakar  habis tapi boleh jadi pengajaran untuk kita semua. Sebenarnya aku dan isteri tersalah melihat site projek sebelum membeli rumah Nerissa. Maklumlah aku baru first time masuk area Taman Kelisa Ria, tak berapa arif lagi selok-belok area tersebut. Dalam bayangan kami berdua rumah Nerissa kami akan dibina dalam komuniti Puncak Surya spt dalam brosur sbb kami ada terjumpa site kosong di situ.Tapi sebenarnya rumah kami akan dibina dalam area perumahan Taman Kelisa Ria yang terletak bersebelahan dengan tangki air. Itu pun kami perasan setelah pembayaran deposit RM 1k telah dibuat malahan dah siap sign agreement dengan lowyer pun. xkan nak batalkan pulak?? rugilah kami.huhu... Walaupun dalam hati ni ada sedikit ralat tapi salah kami juga, tidak membawa encik sales bersama meninjau kawasan itu sebelum membuat keputusan membeli rumah tersebut. Menurut encik sales hanya 16 buah rumah paten Nerissa akan dibina dekat situ, yang lain rumah semi-D sedia ada. Walau bagaimanapun, perancangan  Allah swt itu lebih baik daripada manusia. Sbb apa?? rumah kami nanti berdekatan dengan Surau Al-Maghfirah, tadika Pasti, gerai sabeneka, sbgnya. Dengar-dengar surau tersebut dalam perancangan nak upgrade menjadi masjid kariah Taman Kelisa Ria. Selain itu, rumah ini juga terletak area bebas banjir (lnsya Allah  mudah-mudahan terlindung daripada sebarang bencana dan malapetaka ) kerana terletak di kawasan tanah berbukit.Akhir kata Allhamdulliah mudah- mudahan rumah kami siap dalam jangka masa 2 tahun lagi amin.


RUMAH CONTOH DLM BROSUR
RUANG RUMAH DLM BROSUR
PELAN RUMAH NERISSA